Tempat Menarik Di Korea

Lama bebenar tak update blog ni..tuan tanah bz memanjang..hihi..kali ni nak share pengalaman travel ke Korea beberapa bulan yg lepas..masa pergi sana musim bunga,jadi cuaca sejuk2 macam kat dalam aircond,tapi kalau malam beserta nga angin sepoi2 bahasa aduii sejuk sampai ke tulang jugakla kan..okla ni nak start cerita bagaimana,dimana,apa yg menarik kat Korea Selatan ni.

DAY 1 : Namsan Tower,Cheonggyecheon Stream & Myeondong Street

Saya bersama 3org kawan berlepas dari KL flight airasia jam 1pagi (dapat harga promo return harga RM444 :P). Lepas 6jam kami tiba di Gimhae Airport,Busan. Lebih kurang jam 9pagi kami menaiki limousine bas terus ke Busan Station.macam mana nak naik bas limousine?
Keluar Gate 3àbelok kananàcari papan tanda bus stop no.2 

Tambang sehala 6000won.


cari papan tanda no.2 kalau tak confident tgk destination route bawah nombor tu.

Ni jadual perjalanan bas limousine,bolehla rancang jadual korang yer..
 Sampai je kat Busan Station terus cari kaunter KTX dan beli tiket ke Seoul. Saya tak beli online tiket KTX takut tak sempat nak kejar time yg ditetapkan nnti burn rugi,mahal ok tiket KTX sehala 46000 won. Perjalanan Busan ke Seoul selama lebih kurang 2jam 45minit.
Tiba kat Seoul station ktrg melilau cari stesen subway,tak jumpa malas nak pikir jd ktrg gi kat Information Centre. Jgn risau byk kaunter Information center utk org2 sesat mcm kami..hihi..ok dah jumpa terus naik dan berhenti kat stesen Myeondong. Guesthouse ktrg sepanjang di Seoul,Gyerim Guesthouse click sini area Myeondong,dekat sgt2 dgn Myeondong market dan beberapa langkah je nga subway station. Sampai je kt GH ktrg mandi,solat dan lunch. Beli nasi instant kat 7e makan dgn sambal bilis garing bekal pastu tambah plk dgn minum banana uyu..best!

Dlm jam 3.30ptg ktrg start jalan,tak nak rugi masa destinasi pertama ktrg pergi Namsan Tower,dekat dgn GH. Cara nak pergi:
Dari station subway Myeondong Exit 4,jalan terus sampai jumpa simpang 4 jalan utama. Dah nampak dpn tu bangunan Shinsegae,belok kiri dan  jalan terus lagi sampai jumpa Namsan Oreumi iaitu lift yg direct ke cable car. Diingatkan lift ni tutup setiap hari Isnin utk maintenance.


Lift Oreumi utk ke cable car.

Itu jalan termudah dan menjimatkan tenaga sbb banyak lgi nak jln kt Korea ni yer..ok dah sampai cable car beli 2 hala tiket seorg 8500won. Kat Namsan tower ni blh tahan byk juga tangga nak redah,jadi bertabahla baru destinasi pertama.


haa yg dah berkarat ni camne la agaknye cinta diorg,same berkarat mcm kunci ni tak?kehkeh

Lepas bergmbar segala ktrg turun blk guna laluan yg sama. Destinasi kedua ke Cheonggyecheon Stream.
Subway: Myeondong (Line 4)àDongdaemun StadiumàGwanghwamun (LINE 5-Exit 5)


Lepak kat sini tak sampai sejam sebab hari dah makin gelap,sejuk sgt2 jadi ktrg jalan2 ke depan sikit area tugu Laksamana Yi Sun Shin. Kebetulan pula malam tu ada persembahan live berkenaan cerita baru ke apa ntah tak paham bahasa biasela haha,klip video yg diorg mainkan plak cam citer perang mungkin filem terbaru pasal laksamana Yi Sun Shin tu kot.


Dah bosan lepak sini dgn sejuk pn dah sampai ke tulang rasanyer,ktrg bergerak balik ke Myeondong nak ronda night market kat sana. Dari station Myeondong Exit 6, Jgn lupa korg sila ambil peta ni:


Sebab lepas mata duk melilau tengok makanan yg mcm2,memang korg boleh tersasar haha..kat sini korg boleh cuba street food,berhati2 dlm memilih makanan juga. Nak selamat, kalau ada kat satu gerai tu jual bermacam2 dan ade yg korg xtau apa benda baik beredar ke gerai lain jer. Kat sini saya Cuma beli aiskrim bahulu atas toping madu,sedap sgt,pastu baby crab salut tepung,kuih telur dan satu pek strawberry..strawberry korea memang manis,tak menyesal beli.

Aiskrim dakam bahulu bentuk ikan,toping sekeping madu ade bentuk sarang lagi..

madu yang ditempek atas aiskrim..
kuih telur..ada telur sebiji dlm stiap kuih ni,mmng blh kenyang.

Gerai baby crab dan ada sotong tepung juga.

Baby crab celup tepung,
stokin byk sgt jual kat korea neh..kiut miut sgt.

stokin muka artis Kpop pn berlambak..kat kaki je korg siyannyer..ni utk peminat Lee Kwang Soo.


Kat korea ni banyak giler jual stoking yg kiut2..jadi saya pn beli beberapa helai nak bawa blk sebagai souvenier kat anak2 saudara. Sepasang ada yg 1000won ade juga yg beli byk lagi murah,pandai2la cari yer..lepas ronda balik GH kaki pun dah start penat apa lagi mari membuta.

ok sambungan Day 2 pada next entry, Nami island, Petite France & Hongdae


2 comments:

  1. Info yang menarik!

    Sebagai tambahan, cuba rasa street food korea lain yang terkenal seperti odeng (fishcake), tteokbokki (rice cake), taiyaki (buns with filling), dan hotteok (lempeng with filling).

    Sesetengah penjual faham bahasa inggeris, jadi tanya dahulu ingredients dan pastikan halal sebelum makan.

    Salam perkenalan dari kami
    ARBA Travel =)

    ReplyDelete
  2. Thanks Arba travel..ye mesti try mknan2 sane best sgt! 😆

    ReplyDelete