DAY 3 : Bukchon Hanok Village,Changdeokgung Palace,Gyeongbokgung Palace,Mural village, Itaewon

DAY 3 : Bukchon Hanok Village,Changdeokgung Palace,Gyeongbokgung Palace,Mural village, Itaewon

Ok sambungan ke hari ketiga pula kali ini start berjalan hanya berdua. Dua org lagi dah menyerah kalah,Mc katanya dan tidur kat GH sampai tghari baru jumpa ktrg balik. Jadi saya  berdua dgn Linda yg kental ini memulakan perjalanan kami seawal jam 7.30pg. Destinasi kami yg 1st ialah Bukchon Hanok Village.

Lupa pula nak bagitau kat Korea ini fizikal mesti kental,kalau korg nak tambah muscle kaki ke lagi bagus duk lama2 kat sini,jalan2 yg berbukit dan banyak tangga memang sgt mencabar, kalau kat subway station korg jgn anggap semua ada escalator,rasanya station2 utama jer yg ada escalator. Lift plak korg jgn berangan nak naik la nanti ahjumma nga ahjussi sound tempek buat malu jer. Ktrg ade jgk curi2 naik lift tu pn bila tgk line clear tak ada org haha..yg paling sadis bila masa tgh nak pergi tggu lift tiba2 tengok ade sorg ahjumma yg OKU kaki terhinjut2 tapi tetap naik tangga..OMG malu2 tapi ape nak buat tenaga kaki ktrg nak pakai byk lagi kat Korea bbrpa hari ni hehe.

contoh tangga keluar Exit .
lagi tangga..nampak tak ahjussi seluar coklat tgh naik tangga tu,dah separuh bongkok masih kuat dan tak naik lift pun.
Ok sambung balik cara bagaimana nak ke Bukchon hanok Village:

Myeondong Sta.(LINE 4)-- Chungmuro (Transfer)--Angguk Sta.(LINE 3)--EXIT 2

Keluar Exit 2 tu jalan terus je sampai jumpa signboard Bukchon Hanok.





 Sebenarnya tempat ini hanya ada rumah2 yg design traditional korea dan berpenghuni. Jadi tak boleh nak bising2 la sebab nanti boleh menganggu ketenteraman diorg. Disebabkan saya dan Linda dtg awal pagi jadi suasana pn sgtla sunyi,cafe2 kawasan situ pn belum buka lagi. Jom layan gambar2 yg bajet bagus tu haha.


ahjumma baik hati tibe2 nak snapkan pic kami.

 
jumpa adik2 korea kat sini..jum welfie! 
nmpk tak relax jer nenek tu naik tangga tinggi cmni.

jalan berbukit camni biase je kat korea.
Setelah berhempas pulas berjalan mengelilingi kawasan Bukchon yg berbukit dan bertangga ni kitorg mula bergerak ke destinasi seterusnya ke Changdeokgung Palace. Boleh menapak je nak ke palace tu. Ktrg pilih jalan belakang lalu kat belakang pagar istana ni. Sambil jalan ktrg jumpa satu café yg mmng utk take away jer,mcm drive thru plk bunyinya kan..


Dalam 10 minit berjalan kaki akhirnya sampai jugak kat pintu masuk Changdeokgung Palace ni. bagi saya istana ni antara yang best perlu korg dtg sebab dalam istana ni ada Huwon Palace iaitu ‘kawasan larangan’ merupakan taman istana yg masih digunakan oleh famili diraja Korea. Masuk ke kawasan Huwon ni perlu ada tourist guide. Korg boleh pilih bahasa tour guide yg korg nak,English,Korea atau japan.sbnarnya kalau korg pening nak dpatkan tour guide ikut kesesuaian masa korg,ambil je bahasa apa2 pon,janji dapat masuk..hehe. boleh  click sini utk tgk jadual dan book online.
Disebabkan saya dah plan itinerary dan book online time yg sesuai jadi dptla tour guide berbahasa  English dan kami bergerak dalam kumpulan yg hampir 50org dan kebanyakkannya mat2 saleh..terasa seperti  kat Europe pula.
Tour dalam Huwon ini ambil masa selama 2 jam setengah,kalau nak chow awal pon boleh tapi sila ambil peta supaya tidak sesat . Tour guide org korea yg fasih berbahasa English memang dia explain segala2 dan sesekali dia bagi kami berehat sambil ambil gambar. Lajunya tour guide ktrg berjalan sampaikan saya dgn linda ni asik tertinggal kat belakang,mat2 dan mek2 saleh kat depan kaki panjang cpt je melangkah. Jalan kat sini pun berbukit, menaik menurun macam naik bukit broga dah rasa. Pehh memang mencabar betul rombongan cik kiah ni. Memang berbaloi2 masuk huwon palace ni,sebab permandangan sgt cantik,macam dalam lukisan pun ada. Kalau korg dtg musim autumn lagi best sbb masa tu daun2 bertukar kaler kuning dan ada yg merah.


 

bersama awek korea pakai hanbok sblm masuk Huwon

trek dari tali2 pintal ni ada kat laluan turun kwsn yg agak berbukit.
Dah habis tour dalam huwon ktrg ronda2 area kawasan general dlm Changdeokgung ni. Kat sini tak perlu tour guide korg blh bergambar dan ronda sepuas hati.

baby2 pn nak masuk palace.

Lepas dah puas hati meronda saya dgn linda bergerak ke destinasi seterusnya ke Gyeongbokgung Palace. Tujuan ke sini sbb nak pergi tgk Changing of guards ceremony yg diadakan setiap jam 11am,1pm dan last 3pm. Tapi bergantung juga pada cuaca. Dalam perjalanan nak ke station subway perut dan mula bunyi2 lapar. Bekal2 makanan plk tggl kt GH,jadi ktrg cuba la cari mana2 kedai makan yg boleh masuk,tapi malangnya tak ada..kuikui. pastu ktrg trjumpa satu cafe minuman yg jual iceflakes. Jadi ktrg pn masuk dan order iceflakes strawberry dan sebiji rice cake inti red bean. Memang terbaik iceflakes dia.  

strawberry dia memang manis,pastu ada pacak pula aiskrim vanila kat tepi tu.

ni rupa kuih rice cake..kenyal je rasa.

Dah recharge tenaga dgn lunch hari ni ktrg mula bergerak ke subway. Boleh kurus duk Korea ni,makan mcm ni jer haha. Ok ni cara nak ke Gyeongbokgung Palace:

Angguk Station (LINE 3)-- Gyeongbokgung Stat.(LINE 3)

Masuk sini ktrg lepak2 depan pintu masuk je jadi tak perlu bayar tiket lagi. Selain ada Changing guards ceremony ada juga disediakan tempat utk pakai baju seperti General2 Korea. Ada beberapa jenis mengikut level general. Apa lagi benda free jadi jum try pakai!


nak ramaikan org,siap pggil abg tourist dr Indonesia brgmbar sekali..bru meriah.
 Yg ni pakaian Jeneral pangkat paling tinggi.
 Dah siap bergambar dan bergabung kembali nga dua org member yg duk membuta kat GH dari pagi ktrg bergerak ke tempat seterusnya. Lain benar beza saya nga Linda dgn dua org member lgi tu..diorg mmng nmpak segar,ktrg due org ni dah lembik mcm kain buruk maklumla hari ni brjln bagai hiking tak tau brp kilometre dah haha.

Ok next ke Ihwa Mural Village. Cara nak pergi ke sini:

Gyeongbokgung (LINE 3)--Chungmuro(Transfer ke LINE 4)--Hyehwa Station (LINE 4)-EXIT 2

Boleh rujuk gambar dlm blog click sini utk ke mural village,saya pun guna pic2 ni utk direction ke sana,tenkiu sgt berguna utk ktrg juga.

Jalan kat sini pun sama juga mendaki bukit dan banyak tangga2. Kawasan yg masih didiami org tempatan. Mcm tak boleh nak imagine mcm mane la diorg hari2 trun naik tangga yg tinggi2 pastu jalan berbukit plk tu..kalau saya tinggal situ,dah masuk rumah tak keluar2 dah..tahun depan plak keluar rumah kot haha.


nampak tu 2 org yg lama rest kt GH tgh mendaki bukit..hehe 
ahjumma yg nak sgt ambik gmbar  kami.
Kat mural village ni banyak lukisan dinding yg menarik2 korg pergi sendiri la kalau nak tengok yer,saya nak tunjuk gambar tangga2 jerk kat sini..haha

tangga subway station hyehwa

dah sampai atas rasa nak sewa guesthouse area sini dah mls nak trun.
tingginyo laaa..hehe

Ok jam pun dah hampir jam 6.30pm ktrg mula berjalan balik ke subway station nak pergi makan malam kaw2 dekat Itaewon. Lapar sgt2 dah ni..huhu.
cara nak pergi Itaewon:

Hyehwa Station (LINE 4)--Samgakji (transfer ke LINE 6)--Itaewon (LINE 6)- EXIT 3

Nak ke restaurant2 halal tu Keluar Exit 3 jalan je terus sampai jumpa traffic light simpang 4 pastu belok kanan. Terus lagi sampai jumpa simpang ke-2 masuk kiri,dan jalan terus lagi memang jumpa restaurant Sarah,Muree restaurant,dpn lagi ada Eid restaurant dan sepanjang jalan ada beberapa restoran Arab. Kalau korg tak pasti boleh juga ikut landmark Masjid,tanya org2 kat situ pn diorg boleh bagi direction. 

Ktrg sebenarnya pergi ke Eid rest dulu sbb katanya ada tauke yg hensem haha..nak jugak gi tengok dia tapi rupanya restoran penuh!hukhuk..adik waiter yg bertudung mcm student Malaysia keluar minta maaf sebab meja penuh dan ada juga org reserved meja lepas tu. Pastu kitorg patah balik ke Muree restaurant. Kat sini masa ktrg sampai belum ramai, ada satu meja sebelah mcm org Brunei dan satu lagi meja pelancong dari Indonesia. Ktrg order Beef Bulgogi, Samgyetang (sup herba ayam) dan memang dpt side dish kimchi.

picture ihsan pakcik google.
Dah habis melantak ktrg bergerak balik ke GH. Nak ronda2 tengok masyarakat kat Itaewon pun dah tak ada selera sebab penat seharian berjalan dari subuh2 hari ke malam hari.




No comments:

Post a Comment