DAY 2 : Nami Island,Petite France & Hongdae

Day 2 : Nami Island,Petite France & Hongdae

Jam 7pg ktrg dah keluar,subuh2 lagi dah jalan haha Kat Korea jam 7pg,waktu Malaysia dlm jam 6pg. Tapi kat sini waktu siang lebih lama jadi jam 5pg tu dah cerah. Destinasi hari kedua ke Nami Island dan Petite France.

Cara nak ke Nami Island:
Myeondong-- Dongdaemun(transfer)--Cheongnyangni--tak perlu keluar gate tukar-- Cheongnyangni (ITX)--Gapyeong station--bus@taxi

Utk beli tiket ITX (sehala 4000won) kat Cheongyangni station kena beli kat mesin,jgn risauada bahasa English,pilih destinasi dan time. Disebabkan saya dah susun itinerary dan time bas segala jadi ktrg ambil ITX yg agak awl jam 8.16 untuk sampai jam 8.55pg ke Gapyeong station. Dari Gapyeong ktrg naik bas terawal jam 9.10pg ke Nami Island.


Jadual ITX Cheongnyangni station.


jadual bas Gapyeong station ke Nami Island dan Petite France
cara2 nak guna Tmoney utk naik ITX juga ada disediakan.
Bus stop ni la tmpt tunggu bas ke Nami Island. Depan pintu keluar Station ITX tak perlu cross jalan. 
Boleh refer jadual bas Gapyeong station ke Nami island diatas utk mudahkan plan jadual perjalanan. Ktrg guna kupon free sehari utk naik bas Gapyeong ni. Boleh refer click sini.Voucer2 diskaun dari KTO tu ktrg dpt sekali dgn kad Tmoney free.

Setibanya di Nami Island ktrg ke arah platform Zipwire,register dan diberitahu turn ktrg blh naik jam 10.30pg sbb ada beberapa group dari negara lain dah ready nak naik. Harga naik zipwire+feri balik 38000won (lebih kurg Rm134). Jadi ktrg keluar utk berposing dulu sambil breakfast. Saya beli bahulu panas bentuk snowman,inti kacang kat kafe berdekatan. Siap ada tulis Nami lagi kat bahulu tu..sekali kena ngap mmng tak pikir dah kiut die.


bahulu kiut.
Kunyah2 sambil duk tengok wajah2 member yg pakat duk tak lalu makan sbb risau nak naik zipwire..haha kesah lak aku kan..diorg kate ingat tak tiggi mane rupanya makkk oiii..ok korg tak yah risau kat bawah ni ada gambar korg boleh tengok. Arrow dalam gambar tu adalah platform zipwire,perlu naik lift sampai ke atas.

haa anak panah tu tunjuk platform zipwire.
Muka happy tak sabar nak naik zipwire,lama dah duk usha neh..hehe
Lagi belanja gambar,kredit to my friend,Linda yg naik kat tali sebelah haha..
Kalau korg tak berapa nk berani naik benda ni,korg blh naik feri yg mcm kebetulan lalu kat dlm gambar tu.


Dah sampai di daratan,apa lagi ronda2 dan bergambar semestinya,redah mana yg patut. Lama jgk kat sini sampai tghari. Ktrg Lunch kat Drama Cafe makan Dosirak (lunch box) atau nasi goncang. Ada pelbagai pilihan dosirak cheese,tuna dan saya pilih dosirak cheese. Rasa dia okla untuk org yg kebulur dan tak ada pilihan makanan haha. Kat Nami Island juga ada disediakan surau. Lokasi surau dalam bangunan yg sama dgn Nami Library.

Tiang ni sebenarnya dari buku2 yg disusun.
drama cafe yg ada nasi goncang.
pakai glove dan goncang2 bg nasi sekata dlm box tu.

taraaa inilah nasi goncang cheese.


Ber’welfie’ dgn budak2 sekolah tinggi yg kebetulan ada lawatan kat Nami island. kelas ko wat lawatan sambil belajar pun kt Nami.

Jumpa pokok daun kaler merah..wehooo..ok tips nak bgtau korg kalau nak gi Nami better pegi time musim luruh lagi cantik,time ktrg gi ni musim bunga jumpa pokok daun merah ni pun dah teruja amat..
Dalam jam 2 lebih ktrg gerak menuju ke pintu masuk nak naik feri balik. Walaupun naik zipwire dtg tapi tetap kena balik naik feri yer,kalau ada zipwire balik mmng ktrg naik dah.

Tgh tggu turn nak naik feri balik. Tu dia ramai  ehh oppa2 kpop..ngahaha
Sampai di daratan ktrg tggu bas Gapyeong yg sama untuk ke Petite france. jgn lupa check jadual bas dan memang masa diorg sangat tepat. Ktrg keluar memang dah tepat waktu ke bus stop tapi nasib tak baik beratur punya la panjang org yg nak naik bas yg sama. Jadi bas penuh dan ktrg ngam2 4org ni terus naik teksi yg memang byk area situ. Sebab taknak rugi masa jd berkorbanla sikit.

Petite France
Tiket masuk  8000won seorg ( guna kupon diskaun KTO jadi 6000won seorg)
Tiba di Petite France ada plak penggambaran kat situ,mulanya diorg macam sekat tak bagi masuk tapi bila nampak ktrg,tiba2 krew2 diorg bagi laluan siap senyum lagi. Nampak kat situ diorg sgt menghormati org luar. Tengok2 juga artis yg duk tgh berlakon tu tapi tak kenal,kehkeh memang jenis tak kenal org pn.

Tu dia pelakon lelaki kalau kenal cuba teka siapa?..

Macam kat France la rasa walaupn tak pernah sampai France haha.

Ktrg keluar dari Petite France jam 4.45ptg..get ready tggu bas jam 4.50 ke station Gapyeong. Sekali bila nak beli tiket ITX jam 7.30ptg paling awal yg ada. Memang ktrg jenis yg tak reti nak sabar ni cari alternative lain iaitu naik subway transfer2 sampai lembik haha..pengalaman mematangkan fikiran kata org. Jadi dalam jam 8.30mlm ktrg dah sampai kat Hongdae (Hongik University)

Hongdae
Laluan kalau dari Cheongyangni station:
CheongYangni(LINE1) -Wang-simni (Transfer) -Hongik University (LINE2) (EXIT 9) .

Tujuan ke sini adalah nak dinner kat Crazy Ttekbokki  restaurant nak rasa original tteokbokki dari Korea. Ok nak bagitau kat sini sebab saya pn ke restaurant ni sbb banyak tengok dalam blog ramai Malaysian dtg makan. Kat sini dalam blog2 cakap tak ada pork cuma jgn order daging dan ayam. Setibanya kami kat meja makan dah siap order nak menu segala,beberapa minit kemudian dtg waiter@oppa ensem tanya ada apa2 bahan yg ktrg tak boleh makan ke?..aduhhhh lupa plak kakak2 kebulur ni nak pesan,dgn comelnyer die dtg tanya mungkin dah biasa tgk muslim yg dtg terus ckp tak nak makan apa2 yg tak sepatutnya. 


Rupa hidangan tteokbokki utk dinner mlm ni.


rice cake dlm hidangan tteokbokki

ktrg pilih basic yg paling murah jer.

Boleh tahan pedas juga hidangan ni, ada tahap kepedasan -1 = neutral, 0 = spicy,1 = extra spicy 
ktrg pilih -1 tapi yg tu pun pedas dah,cmne plk yg extra pedas tu,boleh buasir makan..kehkeh.

Cara nak pergi kedai Crazy Tteokbokki ni dari Exit 9 subway Hongik University.



persembahan free kat hongdae.

 Depan sikit lagi ada satu lagi restoran yang boleh dikunjungi,Yoogane branch yg sama dgn kat myeondong.
Lepas makan apa lagi merayau la kat kawasan Hongdae ni. Memang kawasan sini meriah dgn anak2 muda yg mungkin belajar kat Universiti berdekatan. Macam2 fesyen dan ada juga persembahan buskers juga tarian. Meriah sungguh. Dah penat yang teramat ktrg naik subway balk ke GH. Sebelum balik saya dgn Linda singgah lagi kt Myeondong street market pegi beli bahulu ikan inti cheese smata2.

 Sambungan Day 3 kat next entry Bukchon,Changdeokgung,Gyeongbokgung,Mural Vill & Itaewon


No comments:

Post a Comment