Jeju Island






Yongmoeri Coast,Cheonjiyeon waterfall,Jeju folk village
Setibanya di Jeju Airport dlm lebih kurang jam 9mlm, ktrg terus pergi beratur nak tunggu teksi hantar ke hotel. Dekat airport ni di bahagikan dua tempat teksi,satu untuk teksi yg perjalanan jarak jauh dan lagi satu untuk hantar penumpang yg jarak dekat. Ktrg mula2 tu salah gi beratur kat yg jarak jauh sbb tak perasan ada dua taxi stand yg bersebelahan. Masa tgh beratur ada slh seorg pekerja perkhidmatan teksi tu dtg dkt ktrg dan check alamat yg memang ktrg dah awal2 print. Dia kata salah jadi tukarla ktrg ke bhgian sebelah. Malam tu ktrg duk kat Hotel Hill Park dalam 10minit jer dari Airport. Murah dan dekat.

Sewa kereta:
Nak sewa kereta kena booking awal2. Boleh buat booking online click sini utk lotte rent car. Pagi2 lagi ktrg check out dan gi tggu teksi hantar ke airport semula,tak terpikir pula nak minta hantar terus kat tempat sewa kereta sebab tak ada print out alamat lengkap. Jadi ktrg turun kat airport dan naik shuttle bus yg direct ke pusat lotte rent car. Dah sampai sana serahkan booking confirmation yg dah siap print pastu dia akan minta juga passport dan lesen memandu antarabangsa.

Lepas check buat pembayaran semua, ktrg dibawa kat kereta. Jadi saya selaku driver cepat2 minta oppa yg bawa ktrg tu ajar mcm mana nak guna gps. Ktrg dapat gps berbahasa Korea,cuak juga mula2 jadi masa dia duk tekan2 butang dan ape saja perkataan yg keluar mata ktrg memang perhati jer,nak baca memang tak pahamla semua dalam tulisan hangul. Tapi bila dah set destinasi yg dituju tu,boleh plk gps tu cakap English..fuh lega,cuma kena pandai tekan nak masukkan destinasi number jela. Gps yg ktrg guna tu cuma masukkan nombor2 macam no telefon. Dalam kereta sewa ada disediakan list destinasi dan nombor2 dalam bentuk buku,jadi tak perlu risau.

Gps dalam kereta ktrg sewa.

drive sebelah kiri,confius,nervous dan musykil..redah aje la haha
buku peta yg ada nombor2 destination. 
Yongmoeri Coast: Tiket masuk 2000won

Ok destinasi pertama kami ialah Yongmoeri coast. Recommended place memang cantik view kat sini. Struktur batu2 yg berlapis2 tambah pula ada pesisir laut sekitar kawasan sini. Ada juga ahjuma yg jual2 hasil tangkapan fresh. Gamat,siput dan apa tak taula. Ada yg cuba makan,cicah sos perghh fresh. Tapi ktrg memang tak cuba la kehkeh. Lama jugak lepak2 sini rasa tak nak balik pun ada haha.






ha..dul..set..peace ahjumma!









jus orange Jeju byk dijual tapi best lagi beli oren yg belum proses tu.


Cheonjiyeon waterfall : Bayaran masuk 2000won


Ok next destination pula ke Cheonjiyeon waterfall Tapi sebelum masuk ke tempat ni ktrg berhenti makan dulu dalam kereta, depan pintu entrance ada 7eleven jadi seperti biasa beli nasi instant dan air banana uyu utk lunch hari tu. Ada juga pelbagai kedai makan kat situ. 

mcm2 ado tpi ktrg xbeli la..
nasi instant dgn sambal bilis ni jela lunch ktrg hari ni.

 





Dalam kawasan ni mcm taman yg memang tanaman2 dijaga elok,masuk sini rasa sejuk dgn pokok2 yg menghijau. Jalan dalam 15minit baru jumpa kawasan air terjun tu. Kawasan air terjun tu tak dibenarkan mandi,memang cantik kawasan ni.


Jeju folk village: Bayaran masuk ke sini 7000won. 

Seterusnya hari dah petang ktrg meneruskan ke tempat seterusnya Jeju Folk Village. Kat sini dah berdekatan dgn guesthouse ktrg mlm tu area Seogwippo. Kira separuh pusingan peta Jeju la ktrg pusing..hehe..Ok nak cerita ape yg menarik kat dalam Jeju folk village ni,haa ini pun korang kena wajib masuk kalau dtg jeju. Dalam ni ada pelbagai binaan rumah lama yg setiap kawasan berbeza mengikut kasta atau pangkat tuan rumah tu. Ada juga gelanggang yg menyediakan permainan2 org dulu2. Mesti cuba! 

Kat sini juga pernah ada penggambaran drama2 korea. Kalau masuk petang macm ktrg dah jam 5ptg best sebab tak ramai org. Rasa macam kampung sendiri,tapi bila dah lewat hari pn nak gelap mula la rasa cuak,sebab jalan dalam ni dan pusing satu kampung tu agak makan 2 jam jugak. Last entrance jam 6ptg. Ktrg ingat keluar pun sampai jam 6 jgk tu yg menggelabah. Tapi macam tak ada org cari dan halau ktrg,jadi teruskan juga ronda  satu pusingan kawasan tu. Keluar dah jam 7 lebih. Memang best! 







menggembala pig smbil uu'uk..pun boleyyyy..

dlm drama org korea naik buaian berdiri..ktrg tiru je la,kalau kat malaysia mau kena maki pijak tmpt duduk hehe.

kami pijak yer..kehkeh

weeee..best2!
permainan org dulu2,tak tau main die cmane.

tolak roda besi patut guna kayu..linda main belasah je ni..haha

nampak brsungguh benar..lontar batang besi dalam balang.
Dgn bunga canola..chewahhh



replica kubur yg ada kt dalam perkampungan tu.


Dalam perkampungan ni juga ada kawasan Maze. Tapi tak la sebesar Maze Park Jeju. kat maze garden ni masuk pun sekejap je dah jumpa jalan keluar,apa ni tak mencabar langsung haha berlagak. Okla ktrg pun masuk pun entrance dah nak tutup kalau sesat habisla..huhu.









ini gambar latar belakang mini stadium diorg..tempat diorg lawan2 kot..
Ok dah penat meronda kawasan Jeju Folk Village mari kite balik..
Malam tu kami check in kat La Maison Benie Guesthouse..guesthouse yg bersih,selesa dan pemilik die seorg unnie yg comel dan sgt mesra walaupun dia kurang fasih tapi ttp cuba berbahasa English.



unnie cantik tu bagi coklat kt ktrg berempat..comel kan die..

Ok untuk perjalanan ke destinasi seterusnya Seongsan ilchulbong Peak, Manjanggul cave, dan Canola Park pada entry seterusnya.

No comments:

Post a Comment