DAY 4 : Nandaemun market, 63 Building, KBS TV station,Hangang park.


Nandaemun Market
Cara nak pergi Myeondong Station(line 4)--Hoehyeon Station (line 4)-EXIT 5   
Hari ni last kat Seoul jadi sebelum keluar ktrg check out dan simpan luggage di tempat yg GH sediakan. Ktrg nak pergi shopping kat Nandaemun market yg berdekatan je dgn GH ktrg tinggal. Dari Myeondong subway  Exit 4 tu terus je jalan sampai jumpa bangunan Shisagae (simpang 4)jalan utama. Lintas jalan pastu lalu tepi2 bangunan shisagae tu terus jumpa Nandaemun market. 

3 helai 10,000won. Borong2!

byk juga kedai payung..hanya payung semata2 kedai tu jual.

kasut Kpop..



Masing2 bershopping souvenier nak bawa balik. Dekat jam 12 ktrg balik ambil luggage kat GH dan terus naik subway. Tujuan nak simpan luggage kat mana2 loker yg ada kt subway station tapi disebabkan tak jumpa station mana yg ada ktrg direct ke Gimpo Airport dan simpan luggage kat sana. Boleh tahan kerja gila sebab main patah balik tapi sebab dalam kad Tmoney ktrg byk lagi duit jadi tak kisahla kan. Kalau dalam Tmoney korg byk lagi sebelum balik boleh tukar balik dalam bentuk duit kat 7E tapi ada jumlah yg ditetapkan jugakla,selain tu korg boleh buat beli apa2 kat 7E atau air2 kat mesin selain guna utk tambang subway atau bas.


63 Building
Lepas settle letak luggage ktrg bergerak ke 63 building yg terletak kat Yeouinaru Station (EXIT 4)
Dari subway station ni ktrg naik teksi je sebab nak kejar masa. Tambang pun murah jer bila dah share 4 org. 63 building ni yg berkaler gold ni boleh tahan glamer sebab banyak juga drama2 korea berlakon kat sini. Antaranya drama bersiri My girl. Kat 63 building ada byk tempat yg boleh korg jelajah antaranya SkyArt,Seaworld,Wax museum, Imax theatre.Tapi ktrg cuma naik ke SkyArt. Tiket masuk seorg 13000won agak mahal tapi rasanya berbaloi sebab kat atas tu boleh tengok seluruh kawasan Yeouido,hangang park dan jambatan2 yg ada sepanjang hangang park.


63 building cantik sebab kaler die gold.


mcm2 ragam nak bergambar pnya psl.hehe

view dari tgkat 60 nampak segala hangang bridge.


KBS tv station.
Lepas tu ktrg ambil teksi dan ke KBS tv station. Kat luar pintu masuk lagi dah jumpa Song Jong ki. Kesian kat die duk sorg2 jadi kami pergila duk bergambar dgn dia. Kat sini boleh juga masuk untuk guest ada disediakan beberapa tempat yg boleh dilawati dalam stesen KBS ni.


baca berita pulakkk..
lantai yg ada letak rancangan2 yg ada kat siaran tv KBS. 
yeayyy jumpa jgk Kim Jong Kook! wlaupn hampir trpijak gmbar die..huhu..
Hangang Park.

Next destination ktrg minta teksi hantar semula ke Yeouinaru Station. Sebelum naik subway ktrg singgah dulu kat hangang park. Memang sgt meriah tambah pula hari minggu ramai muda mudi lepak kat sini. Ada juga yg buka gerai2 makanan dgn kata lain sgt happening la park ni.






Lepas tu naik subway balik ke Gimpo airport. Flight ktrg jam 7.45pm ke Jeju Island. Sampai dalam jam 6 lebih2 boleh rest sekejap sambil cuci mata kat airport. Flight ke Jeju ktrg naik Eastar jet dan balik ke Busan nanti Jeju Air. Tambang return RM307 agak mahal sbb lambat beli sebenarnya. Kalau korg rajin cari tiket boleh dpt kurg 2ratus utk return tiket ke Jeju.




Jalan jalan ke Jeju Island pada entry seterusnya.



1 comment: