JAKARTA 2011 bersama TEAM MALAYSIA


hai..lama tak update apa-apa kat blog ni..bukan berbulan2 tapi bertahun2 dah rupanya haha..ok ni nak post sekadar berkongsi pengalaman sepanjang join Team Malaysia Chanters..

 Jakarta/Palembang 2011
Ok yang ni 1st time chanters (Team Malaysia Supporters) dibawa ke oversea..Tujuan  tak lain tak bukan hanya untuk beri sepenuh sokongan kpd Athlete2 Malaysia pada Sukan Sea Jakarta/Palembang 2011. Seronok kot dpt pergi free dan kos ditanggung sepenuhnya oleh company kami.

beraksi dalam gelanggang Wushu..


sepanjang berlangsung nya Sukan Sea, kami sempat ke gelanggang wushu,karate,bowling,basikal,basketball dan yg paling penting sekali bola sepak. Oleh kerana event2 yg dijalankan agak jauh antara satu sama lain kami tidak dapat menyokong di semua sukan tambah2 lagi keadaan jalan di Jakarta yg selalu'macet'..
Di Jakarta juga kami sbg supporter dari Malaysia agak tidak dilayan elok tambah2 jika perlawanan melibatkan pasukan Malaysia dgn Indonesia (huhu kesian kan)..biasala bila ada penyokong fanatik kami terpaksa telan walau pahit..

bersama pemain wanita basketball di gelanggang basketball.


kami yg terpaksa bersila da di 'Boo' oleh penyokong2 Indonesia di Velodrom Rawamangun trek berbasikal yg mana Malaysia menang besar kt sane..

Apepun kami tetap memberi sepenuh sokongan dan yang paling penting dapat menyanyikan lagu Negaraku di negara orang..memang terbaikk!!

skuad berbasikal Malaysia meraih pingat emas.



dan sekarang cerita yang paling hangat masa Sea Games 2011 ni ialah kemenangan skuad bolasepak negara meraih ibu emas di Stadium Gelora Bung Karno yg penuh sensasi. Sebelum kami supporters dibenarkan masuk ke stadium,satu mesyuarat tertutup bersama Chef De Mission,terpaksa diadakan utk mendapatkan jaminan keselamatan dan hanya tak sampai 50 org sahaja termasuk beberapa org dari kedutaan Malaysia di sana. lepas diberi jaminan oleh pasukan keselamatan Indonesia, kami bergerak ke stadium secara konvoi 2 buah bas, sebuah bas player bersama petugas media dan sebuah lagi utk supporters. Kami diiringi oleh sebuah kereta polis,dan dalam 3@4 lagi polis bermotosikal.namun nasib kurang baik sampai je dalam perkarangan stadium Gelora Bung Karno,kedua2 bas dikepung oleh ribuan penyokong Indonesia.


Bas player Malaysia yg bergerak hadapan bas kami naiki dikepung.

sumber dari beritaharian.online (pic dari dalam bas player)

Bas tak dapat bergerak selama hampir 2 jam,digoncang dan dibaling botol air..hanya tuhan yang tahu perasaan kami yg ada dalam bas. Polis yg mengiringi kami juga tak mampu buat apa2,kereta polis yg paling depan pun kena panjat kat penyokong diorang sampai atas bumbung. Tapi ni la dipanggil pengalaman berharga kan..hehe..lama kelamaan bas yg membawa player dan supporters dpt melepasi kelautan penyokong berbaju merah+putih namun bas hanya dapat menurunkan kami semua di tengah2 padang bola dalam stadium. Unik kan?..1st time kot dibuat diperlawanan antarabangsa..haha,haaa moment yg ni sempat dirakam di akhbar2 tempatan yg mana kami berjalan di tgh2 padang menuju ke tempat duduk yg dijaga oleh beberapa org abang body builder bersama sederetan polis2. Kami dinasihatkan tidak terlalu terjerit cam sundal bolong dalam bersorak supaya tak membuatkan penyokong mereka panas. Nasib baik tempat duduk kami di VIP seat jadi penyokong2 dari Indonesia yg ada berdekatan juga yg membeli tiket VIP (jd diorg pnya fanatik tu tak adala mngancam keselamatan kami).

Pemain yg injured bersama2 supporters menanti debaran jaringan penalti.

Akhirnya kemenangan milik Malaysia dgn sepakan penalti yang sgt mendebarkan..satu kenangan indah buat kami yg pertama kali menghadapi situasi extreme camni hihi. Habis perlawanan pemain pasukan Malaysia dibawa keluar menggunakan Baracuda, dan kami supporters menaiki bas yang konvoi dgn pemain pasukan Indonesia utk mengelirukan penyokong2 di luar stadium. ok dibawah ni beberapa lagi gambar utk tatapan dan mungkin tak pernah dipapar oleh mana2 akhbar tempatan..hehe

Malaysia menang penalti 

ni la rupa tiket kami penyokong, berharga 1juta rupiah lebih krg rm350.

Safee Sali sempat dtg bersalaman dgn kami sbg tanda turut menyokong
(dia masa ni masih bersama pasukan Pelita Jaya)

gambar Baracuda yg sempat dirakam 

ketika masuk ke stadium Mas vs Myanmar
(bersama penyokong Indonesia yg dtg awal utk melihat Indonesia vs Vietnam)
Apa2 pun di luar gelanggang kehadiran kami di Indonesia tetap dilayan baik oleh segelintir masyarakat di sana, mereka lebih gemar memanggil kami Kak Ros (kartun upin ipin..pengaruh tv kuat sgt pon xboley jgk). Yg penting hari2 dpt makan best..terbaik...



itu saja coretan yang dah lama basi..akan bersambung nanti dengan cerita2 menarik di sepanjang perjalanan kami di Sukan Sea 2013 Myanmar.














No comments:

Post a Comment