Day 2 Jeju : Seongsan Ilchulbong Peak,Canola Park,Manjanggul Cave

Pagi2 lagi lepas breakfast ktrg check out. Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya,ktrg berjalan ke depan guesthouse. Ktrg ambil masa duk bergambar skjp dgn view yg cantik dgn nampak bukit2. 



Canola Park
Dalam  15minit baru ktrg gerak,kalau ikutkan gps jarak dari La Maison Benie guesthouse hanya 10 minit ke Seongsan ilchulbong peak. Dalam perjalanan  ktrg terjumpa satu taman yang penuh dgn bunga kuning yg sgt famous kat Pulau Jeju ni iaitu Bunga Canola. Apa lagi ktrg terus berhenti kereta kat tepi jalan. Bayaran masuk seorg 1000won. Kalau musim lain tak pasti ada ke tak sbb ktrg pergi ni musim bunga jadi adalah bunga2 cantik ni.






Lama juga ktrg lepak kat sini maklumla tak pernah jumpa taman bunga canola mcm ni kat Malaysia kan hehe..lepas beberapa minit ktrg mulakan semula perjalanan dan akhirnya tiba kat Seongsan ilchulbong peak.

Seongsan Ilchulbong peak : Bayaran masuk 2000won

Kat sini memang korg kena menapak je, dah namanya puncak Ilchulbong kan,jalan seperti naik bukit tapi ada trek tak teruk mana kalau korg cuma nak jalan2 sekitar jer. Jalan pun tak sedar sebab view cantik tambah pula dgn angin sepoi2 bahasa..haha indah sungguh. Dalam sejam ktrg kat sini ktrg bergerak turun. Kat bawah ada kedai2 jual minuman dan kalau nama jeju memang byk jual limau. Jadi belila share makan rasa sedap ke tidak..nasib baik manis,tak ada masam.









ada jual2 air limau jeju kat entrance.

limau jeju 
Manjanggul Cave : Bayaran masuk 2000won

Dalam hampir 40minit drive akhirnya ktrg sampai kat Manjanggul cave. Dalam ni utk completekan pergi dan balik ambil masa selama 1jam. Tapi ktrg masuk separuh jalan je sebab nak kejar time balik ke airport. Dalam ni kita boleh tgk gua batu lava, memang sejuk yg teramat dlm ni,lantai juga licin jadi berhati2 kalau korg masuk. Sila pakai sweater atau sediakan juga gloves kalau tak tahan sejuk macam saya..hehe..




Dalam jam 11 lebih ktrg bergerak balik ke Jeju airport. Sebelum hantar balik kereta sewa ni kena penuhkan minyak dulu, masa ambil minyak full jadi pulangkan pun dgn minyak full yer. Minyak kereta selama 2 hari ktrg guna dalam 20,000won jadi dah bahagi 4org,seorg 5000won. Kalau nak sewa kereta kat Jeju ni better ada 3@4org baru jimat blh share2 bayar kan.

Dalam jam 12 camtu dah sampai kat pusat sewa kereta. Sebelum ktrg dilepaskan, ada org yang akan check sepenuhnya kereta yg disewa tu. Diorg check takut ada yg kemek ke,calar ke, atau apa2 je yg jadi kat kereta tu. Jadi berhati2 la korg yg nak sewa kereta ye,pastikan juga ambil insuran masa booking online sewa kereta.

Bila dah settle semua ktrg angkut lagi barang yg mcm nak pindah rumah tu dan pergi naik bas shuttle ke airport. Flight ktrg menuju ke Busan jam 2.05ptg dgn Jeju Air.

Entry seterusnya Busan : Jagalchi market, Busan Tower, BFF,Gamcheon village,Lotte mall, Heundae Beach dan Gwangan Bridge.

No comments:

Post a Comment